Jus Delima Olive House
Jus Delima, Azerbaijan dikenali sebagai salah satu pengeluar buah delima terbaik di dunia,
dengan identiti uniknya sebagai tuan rumah kepada “Goychay Pomegranate Festival”
yang diadakan setiap tahun. Perayaan ini memeriahkan keistimewaan buah delima melalui pelbagai hidangan
yang menggambarkan warisan kulinari negara tersebut.
Buah delima yang digunakan dalam Jus Olive House berasal dari ladang organik di Agsu, Azerbaijan.
Kualiti buah yang dipilih dengan teliti memastikan setiap titis jus mengandungi khasiat yang terbaik.
Diantara Kelebihan Jus Delima Olive House Adalah:
- Diimport dari Agsu, Azerbaijan
- Diiktiraf MeSTI dan HCL oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Pensijilan Halal dari Kascert yang diiktiraf JAKIM
- Pengiktirafan organik dari USDA dan EU yang menegaskan kebersihan & keaslian produk
- Jus dihasilkan daripada perahan keseluruhan buah delima termasuk buah dan bijinya menggunakan teknik pengekstrakan terkini: ultrafiltrasi dan pasteurisasi
- Hasilnya ialah jus yang kaya dengan kepekatan & khasiat buah delima asli, tanpa tambahan gula
- Mendapat pengiktirafan Pensijilan Makanan Organik oleh Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, KKM
Mengandungi:
- Kandungan polifenol yang tinggi dengan manfaat antioksidan & antiradang
- Tanpa gula tambahan
- Kandungan mineral yang tinggi
Penafian: Penafian ini adalah bagi menyatakan bahawa hasil pengambilan makanan ini bagi setiap individu adalah berbeza.




Reviews
There are no reviews yet.