SOALAN LAZIM (FAQ)
Apa itu Aafiyat Family Club (AFC)?
Aafiyat Family Club (AFC) ialah pelan langganan yang memberi kelebihan eksklusif kepada pelanggan Olive House. Semua pelanggan layak melanggan pelan AFC dan menikmati kelebihan eksklusif di bawah program AFC.
Semua langganan adalah berbayar secara bulanan dan kitaran pembayaran akan berlaku selepas 30 hari dari tarikh langganan pertama. Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Namun begitu, anda tidak dapat menikmati kelebihan eksklusif selepas langganan ditamatkan
Berapakah pelan langganan AFC jika saya hendak melanggan?
Pelan langganan AFC ialah bermula serendah RM6.90/bulan. Pakej langganan didatangkan dalam beberapa pakej iaitu langganan bulanan, ATAU setiap 3 bulan, ATAU selama 12 bulan. Lebih lama anda melanggan, lebih penjimatan dapat diperolehi.
Info lanjut layari https://afc.olivehousemall.com/aafiyat-family-club/
Apa kelebihan eksklusif utama kalau saya melanggan pelan AFC?
Diskaun eksklusif sebanyak 20% bagi setiap produk
- Pengumpulan poin selepas pembelian
- Harga eksklusif hanya untuk ahli
- Promosi istimewa buat ahli sahaja (member-only deal)
- Notifikasi kempen-kempen terkini dan pelancara produk baharu
- Profil pembelian yang tersimpan
Macam mana nak langgan jadi pelan AFC?
Anda hanya perlu:
- Pilih pakej langganan AFC yang sesuai.
- Masukkan maklumat pembayaran.
- Teruskan pembayaran.
Apa berlaku selepas saya berjaya melanggan pelan AFC?
Anda akan
- Anda akan menerima email makluman pengesahan langganan.
- Diskaun 20% pada setiap produk akan terpapar di web AFC selagi mana akaun telah dilog masuk.
Bagaimana saya nak membatalkan langganan AFC?
Pelan AFC ialah langganan bulanan yang diperbaharui secara automatik berdasarkan pakej yang anda pilih semasa kali pertama melanggan.
Langganan pelan AFC boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Tiada kontrak. Tiada caj tersembunyi. Keahlian akan aktif sehingga tarikh bil seterusnya.
Untuk pembatalan, anda boleh Klik bahagian ‘Akaun Saya’ > Pilih ‘My Orders’ > Tekan butang ‘Unsubscribe’ pada pelan yang ingin dihentikan.
Anda boleh memulakan langganan baharu pada bila-bila masa dengan mengguna semula langkah tertera di poin 4.
Macam mana kalau saya beli produk di TikTok / Marketplace?
Jika beli di TikTok, Shopee atau Lazada, semua urusniaga akan berlaku di dalam platform tersebut sahaja. Sebarang diskaun atau urusan harian tertakluk kepada terma & syarat yang ditetapkan oleh platform
Macam mana kalau saya beli produk dari mana-mana ejen rasmi Olive House?
Jika beli dengan mana-mana ejen rasmi Olive House, pembelian adalah tertakluk kepada urusniaga bersama ejen tersebut sahaja.
Bagaimana poin pembelian produk Olive House dapat dikumpul di AFC?
Pelanggan boleh mengumpul poin selepas pembelian yang dibuat HANYA di platform AFC sahaja. Sebarang pembelian diluar platform adalah tidak tertakluk kepada pengumpulan poin di AFC.
Adakah produk, kualiti & penghantaran sama seperti beli di TikTok/Shopee?
Ya. Semua pesanan AFC dihantar terus dari gudang rasmi Olive House di Mergong, Kedah.
Saya dah bayar langganan dan dah log masuk akaun tapi masih nampak harga normal. Kenapa?
Kemungkinan berlaku masalah teknikal pada sistem. Hubungi talian hotline di Whatsapp +6013-5000157 untuk bantuan teknikal. Talian aktif sepanjang tempoh hari bekerja Isnin – Jumaat, 9am – 5.30pm, kecuali cuti umum.
Kalau saya membatalkan langganan, apa akan jadi dengan data saya?
Data pelanggan kekal selamat dan digunakan hanya untuk aktiviti promosi dari Olive House sahaja.
NOTA PENTING:
- Kelebihan eksklusif yang ditawarkan di bawah pelan langganan AFC adalah paling rendah berbanding tempat lain. Tawaran kelebihan eksklusif tersebut dapat dinikmati sepanjang tempoh langganan AFC aktif.
- Kaedah auto-tolak bayaran akan berlaku setiap 30 hari selepas tarikh langganan bulan sebelum. Sebagai contoh, anda membeli pada 1hb Januari 2026, tarikh langganan seterusnya adalah pada 30hb Januari 2026. Disarankan pembatalan dibuat sebelum tarikh langganan anda seterusnya.